• #PENTAULIAHAN~Chief Master(CM) ,Master Dan Apprentice Master Daripada Majlis Tertinggi AHB

    Majlis Pentauliahan Watikah Perlantikan Sebagai Chief Master(CM),Master Dan Apprentice Master AKADEMI PENCETUS JUTAWAN telah berlangsung dengan jayanya pada 6 Disember 2015 yang bertempat di Penang Golf Resort,Kepala Batas,Pulau Pinang baru-baru ini bagi mengiktiraf kepada mereka yang layak sebagai tenaga pengajar dan advisor untuk membantu peserta baru menyertai Asia Herbal Biotech(AHB) melalui platform AKADEMI PENCETUS JUTAWAN.

  • CORDYCEPS..BUKTI DALAM 7 HARI

    Keajaiban Cordyceps menjadikan Codi Juize amat luarbiasa dan hebat dalam membantu penyembuhan penyakit kronik

  • #WAJIB BACA~LANGKAH MENJADI JUTAWAN ASIA HERBAL BIOTECH

    Asia Herbal Biotech bukan sahaja membuat pelaburan yang banyak untuk membolehkannya mengeluarkan produk-produk yang berasaskan cordyceps dengan harga yang murah dan dinikmati oleh orang ramai, ianya juga menawarkan peluang keusahawanan luar biasa yang amat menguntungkan ini untuk disertai. Malah ramai yang telah menggunakan peluang keusahawanan yang ditawarkan ini sebagai PLATFORM untuk mereka mencapai impian jutawan.

  • #CONGRATULATIONS~AHB MEGA BONUS CAR ACHIEVER

    Tahniah dan Syabas Kepada Semua Global Smart Partners AHB Yang Layak Mendapat Kenderaan Secara PERCUMA Dari Mega Bonus AHB !!!

  • CORDY JUICE -TERLARIS

    Cordy Juice adalah produk terbaik dan pertama keluaran Asia Herbal Biotech....minum dan alami kehebatannya dalam tempoh 7 hari keberkesanannya

AHB STAR AWARD 2015 team AKADEMI PENCETUS JUTAWAN

#PART 4 ~ 25 ELEMEN UNTUK BERJAYA DALAM BISNES MLM

0 comments
Apa yang dilakukan oleh mereka yang berjaya? Bagaimana mereka beroperasi?

1. Seseorang Yang Berjaya Sentiasa Melakukan Tindakan Susulan 

 Mereka yang melakukan tindakan susulan sehingga tiada apa-apa lagi dapat dilakukan adalah merupakan kunci kepada kejayaan.

Ketekunan dan keazaman sahaja tidak mencukupi untuk bergelar seorang yang berjaya.

Berapa kali anda telah menunjukkan peluang perniagaan kepada orang ramai diluar sana.

Selepas dari penerangan yang hebat daripada anda, adakah mereka benar-benar tertarik dan berminat.

Katakan apa sahaja yang anda ingin tentang MLM tetapi anda harus ingat anda merupakan seorang penjual.

Anda dikehendaki menjual konsep, impian dan masa depan setiap insan yang mahu membeli tetapi mereka tidak mengatakannya dengan secara terbuka.

 Pernahkah anda mengalami situasi ini, apabila anda memasuki sebuah kedai secara tidak langsung didekati oleh pembantu jualan dan secara tiba-tiba anda mengatakan anda hanya melihat-lihat.

Melihat-lihat?

Pasti! Anda melihat-lihat untuk membeli sesuatu.

 Apabila seseorang mengatakan tidak kepada peluang yang anda terangkan, mereka sebenarnya mengatakan tidak kepada maklumat yang mereka telah sedia maklum.

Anda perlu melakukan tindakan susulan dan beri mereka lebih maklumat.

Tunjukkan bagaimana perniagaan anda sesuai untuk impian dan cita-cita mereka.

Mereka mungkin akan berkata ‘tidak’ kepada ‘ya’ untuk maklumat yang sama.

Meraka akan membuat keputusan baru ini berdasarkan maklumat terkini.

Tindakan susulan dibentuk untuk memberi mereka lebih maklumat dan berpeluang untuk membuat keputusan.

 2. Seseorang Yang Berjaya Tidak Mempunyai Prasangka Terhadap Prospeknya 

 Berapa orang dikalangan anda yang mempunyai doktor peribadi atau pengutus surat.

Berapa ramai pula dikalangan anda yang mempunyai prospek yang terdiri dari doktor dan pengutus surat.

 Ini adalah orang-orang yang anda kenali dan ia patut anda hubungi untuk menerangkan mengenai perniagaan anda.

Tidakkah anda rasa mereka ini berminat untuk memajukan diri.

Adakah perniagaan anda hanya untuk orang-orang seperti anda?

Jika ‘ya’, anda telah membentuk dinding pemisah untuk diri anda.

Para doktor memerlukan lebih banyak waktu untuk dirinya kerana beliau telah terikat dengan jadual masa kerja yang ketat dan terpaksa bekerja keras untuk memperolehi pendapatan yang lumayan.

Mereka juga adalah bukan hamba kepada masa.

Kebanyakan Para doktor tidak mempunyai Skim pesaraan (pencen) apabila bersara.

Lihat semua kebaikan yang ditawarkan dalam perniagaan anda.

Jangan membuat andaian terhadap mereka dan kemudian waktu mendapati orang lain telah menaja mereka.

Mereka adalah prospek anda.

Ambil tindakan dan tunjukkan kepada mereka peluang yang telah anda temui. Jika anda mahu sesuatu kerja dilaksanakan, cari seseorang yang sibuk untuk melakukannya.

3. Seseorang Yang Berjaya Tidak Akan Menunggu Orang Lain Untuk Memulakan 

 Pernahkah anda menghadapi situasi sebegini

“George benar-benar berminat tetapi tidak boleh memulakannya sehingga isteri beliau turut terlibat sama”

Berapa kali anda pernah memberitahu pasangan anda

“Anda tahu anda mungkin boleh lebih maju jika anda keluar dan melakukan jualan.”

Dalam MLM, bukanlah suatu kemestian untuk pasangan suami isteri melibatkan diri secara bersama atau sama-sama berminat dengan peluang perniagaan tersebut.

 Jika anda rasa peluang anda akan memberi kebaikan kepada keluarga, keluar dan lakukannya.

“Anda tidak membawa pasangan anda untuk bekerja setiap pagi, bukan?”

Jika anda percaya dengan apa yang anda lakukan, keluar dan lakukannya.

Jika ianya sebaik yang anda fikirkan, pasangan anda akan bersama-sama anda pada hari yang kemudian setelah beliau nampak apa yang anda nampak dalam perniagaan ini.

 4. Seseorang Yang Berjaya Akan Sentiasa Bersedia Menerima Kritikan 

 Kritikan adalah sebahagian dari punca kejayaan.

Cuba fikir siapakah yang paling kuat dikritik dinegara ini?

Tentunya Presiden, kerana dia adalah orang yang bertanggungjawab memimpin negara.

Tiada siapa yang akan berpuashati dengan setiap keputusan yang dibuat oleh pemimpin tetapi mereka akan menghormati pemimpin tersebut kerana mengambil tanggungjawab untuk membuat keputusan tersebut.

Jangan risau dikritik kerana terlalu fanatik terhadap perniagaan anda.

Setiap orang yang terlalu fanatik terhadap perniagaannya akan sentiasa dikritik.

Semua orang yang berjaya pasti dikritik. Ini adalah lumrah manusia untuk mengkritik dan merendah-rendahkan pencapaian orang lain.

Tetapi anda tidak harus menutup telinga terhadap kritikan mereka kerana ia mungkin boleh menyelesaikan masalah dalam organisasi anda.

Sentiasa bersikap terbuka dan lihat jika kritikan tersebut membina.

Read More »

#PART 3 ~ 25 ELEMEN UNTUK BERJAYA DALAM BISNES MLM

0 comments
Apa yang dilakukan oleh mereka yang berjaya? Bagaimana mereka beroperasi?

1. Seseorang yang berjaya adalah mereka yang sentiasa bekerjasama

 Mereka yang menentang sesuatu isu atau idea yang baru boleh menyebabkan kejatuhan seseorang dan juga syarikat.

Bila idea baru diketengahkan didalam mesyuarat anda harus melihat kebaikan dalam idea tersebut.

Mereka yang gagal akan sentiasa mencari kesalahan.

Mereka tidak akan bekerjasama dengan kumpulan dan akan memastikan bahawa cara mereka adalah satu-satunya cara dan mereka akan mengendalikan perniagaan mereka dengan caranya sendiri.

MLM adalah bentuk perniagaan yang berbeza dari bentuk perniagaan yang lain.

Ia lebih kepada kerjasama secara berkumpulan.

Bekerjasama dengan ahli-ahli jaringan anda.

Pemimpin dan ahli jaringan mesti berkerjasama secara berkumpulan untuk mengejar objektif yang sama cuma mungkin di tahap yang berbeza. 

2. Seseorang yang berjaya akan sentiasa menggalakkan yang lain 

 Galakkan dan pengetahuan adalah amat berharga.

Ianya amat penting untuk kita semua.

Seorang yang berjaya akan sentiasa memandang tinggi terhadap seseorang, gembira dan menggalakkan mereka.

Malangnya kadangkala kita menyalahgunakan perkataan “HANYA”.

Kita selalu menyebut seseorang itu “HANYA” seorang buruh.

Setiap apa yang mereka lakukan adalah merupakan yang terbaik mereka boleh lakukan ianya juga menyumbang kepada masyarakat secara keseluruhan.

Fikirkan bagaimana ini boleh membantu kepada perniagaan anda.

Bayangkan jika anda menemui seseorang dalam profesion tertentu.

Contohnya seorang pembantu.

Anda katakan kepadanya; “Kasihan anda, bagaimana anda boleh memperolehi cukup pendapatan untuk menampung kehidupan?”

Dalam situasi ini anda telah merendah-rendahkan mereka.

Mereka pasti akan mengatakan bahawa keadaan mereka sangat baik dan mereka akan cuba untuk meningkatkan karier mereka ke satu tahap yang lebih baik.

 Jawapan begini hanyalah kerana anda memandang rendah terhadap mereka.

 Ambil contoh yang sama dan katakan; “Saya difahamkan pekerja-pekerja seperti anda mempunyai nasib yang baik dalam keadaan ekonomi sekarang.”

Dan mereka mungkin akan memaklumkan kepada anda bahawa keadaan tidaklah sebaik yang anda sangkakan.

Mereka mungkin mengatakan bahawa pihak persatuan sekerja tidak memperjuangkan peningkatan gaji yang sepatutnya mereka terima atau berbagai-bagai lagi sebab.

Lihat perbezaannya.

Sekarang anda mempunyai peluang untuk memulakan perbualan mengenai perniagaan anda dan bagaimana mereka boleh mendapat pendapatan tambahan di masa lapang mereka.

Setiap orang penting dalam cara mereka yang tersendiri.

Jangan memandang rendah terhadap orang lain.

Cari kelebihan bukan kelemahan. Anda mungkin mempunyai hubungan yang lebih baik.

 3. Seseorang yang berjaya tidak pernah terlalu teknikal 

 Penahkah anda menemui pengedar baru dalam organisasi anda yang akan keluar dan membina perniagaannya sendiri sebaik sahaja beliau memperolehi manual syarikat, mencuba kesemua produk, menyiasat latarbelakang setiap eksekutif dalam syarikat dan membuat penyelidikan mengenai kerugian yang berkaitan dengan MLM.

 Jangan salah anggap, tidak salah untuk berhati-hati dengan keputusan perniagaan anda.

Tetapi anda tidak perlu membentuk semula sistem yang telah sedia ada. MLM adalah perniagaan bersama.

Teruskan bekerjasama dengan mereka yang lain.

Pelajari tentang produk tetapi jangan lakukan ujian makmal terhadap mereka.

Syarikat yang anda ceburi adalah bertanggungjawab untuk memberi anda maklumat tentang perniagaan tersebut.

Anda berada dalam bidang pemasaran.

Pelajarinya melalui pengalaman, keluar dan bekerjasama dengan yang lain.

Cari pengalaman dan biarkan bahagian pengurusan diuruskan oleh pihak pengurusan.

Para jurujual tidak perlu tahu bagaimana untuk membuat sebuah kereta, yang penting bagi mereka adalah untuk menjual produk tersebut dan boleh diyakini kualitinya dan anda juga harus begitu.

4. Seseorang yang berjaya akan meluangkan masa untuk membaca, mendengar dan mempelajari apa sahaja yang boleh 

 Berapa kali anda dapati salah seorang ahli jaringan anda tidak menghadiri mesyuarat hanya kerana beliau tidak mempunyai prospek untuk dibawa ke mesyuarat tersebut, walaupun beliau faham mengenai plan pemasaran.

Pernahkah anda mendengar seseorang yang tidak pernah membaca buku mengenai motivasi kerana mereka seorang yang bermotivasi dan ‘self starter’.

Industri ini mempunyai banyak buku-buku dan CD untuk menerangkan kepada anda bagaimana ianya dilakukan.

Dan terdapat beribu-ribu orang yang telah berjaya melakukannya.

Mereka ini juga telah menulis buku untuk memberitahu anda bagaimana mereka melakukannya.

Tetapi kerana kekurangan masa dan masalah kewangan mereka tidak cuba mendapatkan bahan ini untuk memperolehi lebih maklumat.

Bagaimanapun pelaburan anda terhadap buku-buku tersebut akan memberikan pulangan yang lumayan kerana ia akan memberikan anda idea-idea baru untuk menaja seseorang individu yang hebat.

Oleh itu lupakan soal harga, fikirkan tentang nilainya.

Berapa ramaikah eksekutif yang anda kenali yang tidak membaca?

Untuk berjaya anda hendaklah lakukan seperti orang yang telah berjaya lakukan

 5. Seseorang yang berjaya akan meluangkan masanya untuk perniagaan 

 “Saya tahu anda menghadiri mesyuarat malam ini kerana tiada perlawanan bola.”

“Saya tahu anda akan menghadiri mesyuarat malam ini jika tidak kerana saudara-mara anda datang.”

Setiap hari anda menghabiskan 8 jam untuk bertugas di pejabat.

Kenapa?

Kerana anda harus lakukannya.

Anda juga sekarang melibatkan diri dalam perniagaan ini secara sambilan.

Kenapa?.

Kerana anda tidak mahu menghabiskan masa 8 jam itu untuk orang lain selamanya.

Anda harus meluangkan masa untuk perniagaan anda, anda harus membenarkan diri anda membaca, menghadiri mesyuarat, membawa prospek, menjual produk dan membangunkan perniagaan anda.

Jika anda tidak melakukannya sekarang, 8 jam yang anda habiskan untuk orang lain akan berakhir dengan lebih banyak masa dan lebih banyak pengorbanan.

6. Seseorang yang berjaya tidak menunggu dan akan bertindak segera

 Anda sekarang mempunyai senarai prospek.

Berapa ramaikah di dalam senarai tersebut yang anda telah hubungi dan tetapkan temujanji?

Jika tiada, mengapa?

Memang anda boleh menangguhkannya hingga esok.

Berapa kali anda pernah menghadiri mesyuarat dan mendapati senarai prospek anda telah ditaja oleh orang lain.

Menunggu memang akan merugikan anda, oleh itu mengapa tunggu?.

Lakukannya sekarang.

Read More »

#PART 2 ~ 25 ELEMEN UNTUK BERJAYA DALAM BISNES MLM

0 comments
Apa yang dilakukan oleh mereka yang berjaya? Bagaimana mereka beroperasi?

1. Seseorang yang berjaya sentiasa mempunyai pelan bertindak 

 Tiada perniagaan yang akan berjaya tanpa pelan bertindak.

Tiada bank yang akan memberikan pinjaman kepada sebarang permohonan perniagaan kecuali jika perniagaan tersebut mempunyai pelan perniagaan dan mengetahui sepenuhnya bagaimana individu tersebut akan membelanjakan pinjaman yang akan diberikan.

 Tiada kontraktor yang akan membina sesebuah bangunan tanpa pelan yang belum mendapat kelulusan dari pihak berwajib. Begitu juga dengan perniagaan anda. Ketahui di mana anda dan ke mana ingin anda tuju.

Kaji pelan pemasaran anda, kelebihan dan kekurangan diri anda.

Pilih kaedah yang sesuai untuk membangunkan perniagaan anda yang sesuai dengan bakat yang anda miliki. Anda harus tahu di mana hendak fokuskan tenaga anda.

Pelan yang baik harus mempunyai senarai bertulis mengenai objektif anda dan bagaimana anda ingin mencapainya.

Plan yang baik akan memasukkan senarai siapa yang anda kenali. Senaraikan nama-nama mereka dalam senarai prospek.

Seorang yang berjaya tidak hanya mempunyai pelan untuk diri mereka sendiri tetapi juga mempunyai jalan untuk membantu membentuk pelan ahli jaringan mereka.

Amanatkan pengedar baru anda dengan pelan dan objektif untuk dicapai dalam tempoh masa yang tertentu dan bantu mereka untuk mencapainya.

Bila seseorang pengedar dalam organisasi anda berjaya mencapai objektif tersebut, bantu mereka untuk membentuk objektif yang baru.

Jika tidak anda akan mendapati, selepas mereka berjaya mencapai objektif yang pertama mereka ingin berehat.

Perniagaan MLM adalah cabaran yang berterusan.

Bantu pengedar anda untuk terus melepasi cabaran tersebut melalui cara yang betul dan terancang sempurna.
Sebahagian dari objektif tidak akan membawa anda ke mana-mana sepertimana juga, jika anda tidak mempunyai objektif langsung.

Anda mempunyai pilihan untuk hidup anda boleh berubah.

Anda boleh pilih bagaimana cara yang anda suka.

Bagaimanapun langkah yang pertama perlu anda ambil dalam membentuk pelan kejayaan adalah untuk mendefinisikan apa sebenarnya yang anda inginkan.

Bagaimana anda ingin menjalani kehidupan?

Rumah bagaimana yang anda inginkan?

Kereta jenis apa yang anda mahu?

Di mana anda ingin memberikan pendidikan sekolah terhadap anak anda?

Di persekitaran bagaimana ingin anda tinggal?

Andaikan pendapatan anda setahun RM100,000 tidak mencukupi untuk menampung kehidupan anda, secara tidak langsung anda tidak boleh menentukan bentuk kehidupan yang anda ingin tempohi.

Anda akan menghadapi masalah untuk mencapai angka tersebut.

Anda perlu mempunyai matlamat yang jelas mengapa anda perlukan pendapatan sebanyak itu.

Lihat sekeliling anda sekarang, apa yang ingin diubah dalam hidup anda.

Anda tidak harus menghadkan kepada keadaan anda sekarang, kerana apa yang ada hari ini adalah hasil dari apa yang telah anda lakukan terdahulu.

Untuk masa akan datang anda boleh pelan hari ini.

Jika anda tidak bermula hari ini untuk menentukan apa yang anda inginkan di masa hadapan, anda akan menangguhkannya lebih jauh lagi di masa akan datang.

Hari ini adalah apa yang telah anda ciptakan semalam tetapi hari esok tidak, anda boleh menciptanya dengan keyakinan anda hari ini.

Di mana anda akan berada esok dan bagaimana anda akan sampai ke sana.

Bagaimana anda membentuk objektif masa hadapan anda.

Sama seperti yang dilakukan oleh para pelukis. Mereka bermula dengan kanvas kosong, kemudian lahirnya idea dan diikuti dengan membuat lakaran di atas kanvas berulangkali dan bila mereka tahu apa yang mereka inginkan mereka mula melukis.

Pembentukan objektif juga melalui proses yang sama.

Ambil pen dan kertas, tuliskan apa yang anda inginkan.

Jika ianya sebuah kereta baru, tentukan buatan negara mana, model bila, apa warna di dalam, luar dan sebagainya.

Fikirkan kesemua bahagian kenderaan tersebut hingga anda tahu apa sebenarnya yang anda inginkan.

Kemudian pergi berjumpa dengan wakil penjual kereta dan lihat kereta yang anda inginkan.

Pandu uji kereta tersebut, bayangkan ianya kepunyaan anda.

Ketahui berapa harganya supaya anda tahu jumlah pendapatan yang diperlukan untuk membolehkan anda membeli kereta tersebut.

Jalan terbaik untuk anda mengingati objektif anda adalah dengan menggantungkan gambarnya di tempat-tempat yang mudah dilihat setiap hari seperti di peti sejuk, cermin dan sebagainya.

Ini akan memberi anda motivasi untuk memastikan anda mendapatkannya.

Apa yang anda harapkan dari perniagaan anda?.

Jika anda tidak tahu, sudah masanya untuk anda membuat penilaian sama ada anda harus berada dalam perniagaan ini atau sebaliknya.

Dengan menulis dan menerangkan objektif anda, anda akan tahu bahawa objektif tidak pernah terhad

Ianya bukan mengenai perkataan yang diucapkan oleh pemimpin atau pakar motivasi tetapi kejayaan untuk memikir secara positif, menulis dan memperkatakannya.

Motivasi yang terbaik adalah apabila anda mempunyai keinginan untuk mencapai objektif tertentu yang telah anda tetapkan.

Tiada orang yang akan mencapai objektif dalam hidup mereka tanpa arah tujuan.

 Ia adalah hasil dari perancangan yang rapi dan objektif yang baik.

Bila anda menulis objektif anda, anda harus percaya ianya boleh di capai.

Menulis objektif bukanlah satu latihan untuk menguji kelebihan pen anda tetapi langkah pertama menuju kejayaan.

2. Arah tuju amat penting. Seseorang yang berjaya sentiasa tahu ke mana mereka ingin pergi dan mencatatkan objektif mereka 

Perkara ini berjalan seiringan dengan plan bertindak.

Kejayaan adalah merupakan kepuasan apabila berjaya mencapai objektif.

Mari kita ambil contoh berikut:-

Bayangkan sebuah kapal meninggalkan pelabuhan dengan kaptennya tetapi ia tidak mempunyai destinasi yang ingin dituju.

Oleh itu beliau tidak membawa peralatan yang sepatutnya, tidak memeriksa tangki minyak dan sebagainya.

Sudah pastinya beliau tidak mempunyai had masa untuk melakukan semua ini.

Beliau juga tidak mengambil peduli kerana yang penting baginya adalah kapal tersebut meninggalkan pelabuhan.

Oleh itu beliau meninggalkan semua peralatan yang diperlukan.

Perjalanan kapal hanya mengikut arus dan beliau hanya menanti ke mana kapal tersebut akan dibawa. Apakah peluangnya untuk sampai ke pelabuhan.

Sebenarnya tiada kerana arus sentiasa pasang dan surut untuk sampai ke pelabuhan adalah mustahil.

Kapten kapal mestilah ada destinasi tertentu dan membuat persiapan rapi sebelum memulakan pelayaran.

Beliau juga harus memastikan kapal berada di laluan yang betul mengikut hala tuju yang telah ditetapkan.

Kapten tersebut harus sentiasa memikirkan objektifnya iaitu untuk sampai ke pelabuhan sepanjang pelayaran tersebut.

Ini merupakan satu-satunya cara untuk beliau tiba ke destinasi yang dituju.

Keadaan yang serupa bagi anda.

Jika kita ingin mencapai sesuatu dalam kehidupan ini, kita mestilah:-

1. Mempunyai impian / bayangan / angan-angan
2. Tentukan langkah-langkah apa yang diperlukan untuk sampai ke destinasi
3. Memperolehi semua instrument yang diperlukan untuk ke destinasi
4. Tentukan arah haluan
5. Mulakan bertindak / perjalanan
6. Periksa keadaan bertindak / sepanjang perjalanan tersebut.

 3. Seseorang pegawai pemasaran MLM terlibat dalam semua aspek plan pemasaran termasuk jualan

 Pernahkah anda mendengar seseorang mengatakan; “Jangan risau tentang penjualan produk, kami di pihak pengurusan akan melakukannya.” 

Tiada barisan pihak pengurusan sekiranya tiada para jurujual untuk diuruskan.

Setiap pengedar akan meniru apa yang dilakukan oleh penaja mereka.

Jika anda tidak melakukan jualan produk tersebut, jangan harap mereka yang lain akan melakukannya.

Hasilnya anda akan mempunyai organisasi yang hanya dapat sales kit syarikat sahaja.

Pada dasarnya syarikat MLM tidak akan memperolehi keuntungan sehinggalah terdapat aktiviti jualan dilakukan.

Jika anda mengharapkan jumlah jualan meningkat, anda haruslah mengikuti setiap prinsipal MLM iaitu kombinasi antara jualan dan tajaan.

Jika anda menunjukkan kepada pengedar yang lain seolah-olah anda adalah sebahagian dari pihak pengurusan dan enggan menjual, anda akan menyebabkan kejatuhan syarikat tersebut dan juga diri anda sendiri.

Jika anda yakin dengan produk, baik untuk diri anda dan pengguna yang lain, anda harus sanggup berkongsi produk tersebut dan pelan pemasarannya.

Jika sebaliknya anda harus memikirkan semula apa yang sedang anda lakukan dalam perniagaan tersebut.

 4. Seseorang yang berjaya akan sentiasa mempunyai jadual mesyuarat peluang perniagaan 

 Pada peringkat permulaan anda mungkin terpaksa bergantung kepada penaja anda untuk membawa prospek anda ke mesyuarat.

Jika anda bercita-cita untuk mempunyai sebuah perniagaan yang besar dan berjaya anda harus melakukannya sendiri.

Belajar bagaimana untuk mengendalikan mesyuarat peluang perniagaan anda sendiri dengan secara teratur.

Mengadakannya secara berterusan adalah kunci kepada setiap operasi MLM.

Untuk membolehkan perniagaan anda membangun dengan berjaya anda harus sentiasa terdedah kepada peluang baru dan pengedar baru.

Tidak lupa juga untuk mengadakan mesyuarat diantara ahli-ahli jaringan di bawah anda.

Jika anda berharap dengan menaja beberapa pengedar sahaja yang mereka akan keluar melakukan kerja untuk menjadikan anda kaya.

Anda tidak mungkin akan berjaya.

Untuk memastikan anda berjaya adalah dari diri anda sendiri.

 5. Seseorang yang berjaya mempelajari setiap aspek perniagaannya 

 Perniagaan berlandaskan konsep MLM amat mudah untuk dipelajari.

Bagaimanapun mempelajari teknik untuk menjadi usahawan yang berjaya dalam MLM mengambil masa yang lama.

Pendapatan yang anda perolehi dari bidang ini adalah setanding dengan pendapatan seorang doktor mahupun peguam.

Untuk menjadi seorang doktor atau peguam, seseorang individu tersebut mestilah melalui proses pembelajaran dan latihan praktikal bertahun-tahun sebelum ia boleh menikmati pendapatan tersebut.

Tetapi ini berbeza apabila anda melibatkan diri dalam industri MLM.

Anda cuma perlu melakukan sedikit masa dan usaha untuk memperolehi ganjaran kerana anda berada dalam dunia perniagaan untuk diri anda sendiri, oleh itu anda perlu meluangkan sedikit masa dan usaha untuk mempelajari setiap aspek perniagaan tersebut, tekniknya dan setiap panduan yang ditawarkan oleh perniagaan anda.

Jika ini tidak dapat anda lakukan, anda mungkin akan memperolehi pendapatan seperti diperingkat permulaan atau tiada pendapatan langsung.

Perniagaan anda adalah sama dengan perniagaan yang lain kecuali dari segi modal.

Oleh itu jalankan perniagaan tersebut secara sepatutnya.

Adakah anda sekarang mampu menjawab pertanyaan mengenai produk atau syarikat anda jika ditanya oleh seseorang.

Bagaimana dengan pelan dan konsep pemasaran.

Jika anda masih tidak mampu menjawabnya anda masih lagi belum berjaya mencapai kebebasan kewangan kerana bekerja sendiri tanpa disiplin diri adalah jalan ke arah kejatuhan.

Read More »

#PART 1 ~ 25 ELEMEN UNTUK BERJAYA DALAM BISNES MLM

0 comments
Apa yang dilakukan oleh mereka yang berjaya? Bagaimana mereka beroperasi?
1. Seseorang yang berjaya tidak akan takut kepada kegagalan 

 Ini mungkin merupakan faktor utama kegagalan ramai orang dalam apa-apa jenis perniagaanpun.

Manusia takutkan kegagalan.

Perniagaan yang anda ceburi mungkin kelihatan ganjil kepada mereka yang tidak pernah melibatkan diri dalam perniagaan sebelum ini.

Anda harus keluar dari ‘zon selesa’ untuk berjaya dalam bisnes MLM.

Jika anda tidak melakukan sesuatu yang anda tidak senangi dalam hidup anda seharian, anda kaku dan tidak maju dalam perniagaan anda.

Kegagalan adalah halangan kepada kejayaan. Dan hanya mereka yang mempunyai keinginan akan berjaya dalam setiap percubaan. Dan mereka ini jugalah yang belajar dari kegagalan dan terus mencuba lagi.

Untuk berjaya anda pasti akan menempuh kegagalan terlebih dahulu. Terima kenyataan ini dan jangan takut kepadanya.

Kegagalan tidak akan berterusan untuk mereka yang teguh pendirian. Jika seseorang berjaya hanya dengan percubaannya untuk kali yang pertama, kemungkinan besar beliau telah melakukan sesuatu yang betul, tetapi pasti terdapat beberapa kesilapan sepanjang jalan menuju kejayaan tersebut.

Persoalannya adalah apakah perkara yang betul dan apa yang salah?

Anda mungkin tidak tahu. Ini adalah kerana kita mempelajari sesuatu melalui kesilapan. Kegagalan adalah sebahagian besar dari kejayaan sepertimana kejayaan adalah sebahagian dari kejayaan.

 2. Seseorang yang berjaya bertanggungjawab sepenuhnya kepada hasil yang akan dicapai 

 Berapa kali anda pernah mendengar seseorang mengatakan hanya penaja mereka pernah melakukan perkara tersebut atau penghantaran produk tersebut memakan masa yang lama.

Anda mungkin memberi alasan tidak berjaya kerana plan pemasaran, penaja atau produk.

Bagaimanapun anda harus faham bahawa kejayaan anda bergantung sepenuhnya kepada diri anda sendiri.

Terima kenyataan ini.

Jika anda salahkan keadaan sebagai punca kegagalan anda, anda akan sentiasa dapati seseorang dalam perniagaan anda yang berada dalam situasi yang lebih buruk tetapi masih boleh berjaya.

 Keadaan tidak membentuk kejayaan, manusia sendiri menciptanya.

Seorang yang berjaya mengambil penuh tanggungjawab kepada apa sahaja hasil yang bakal diperolehi dari tindakan yang mereka buat.

Tiada alasan untuk kegagalan tetapi mungkin ada sebab dan sebab ini bergantung kepada individu. Kenalpasti apa yang silap dan ambil tindakan untuk membetulkannya dan melakukan dengan betul.

Read More »

#INFO ~ Cordyceps Liar lawan Cordyceps Kultur Tisu

0 comments

Sejak zaman lampau lagi, cordyceps sinensis dianggap sebagai anugerah ajaib atau penawar untuk semua jenis penyakit dan ia disediakan khusus untuk Maharaja Cina sahaja kerana herba yang sangat mahal ini hanya boleh dituai dari habitat semula jadinya di altitud yang tinggi.

 Namun demikian, kemajuan teknologi dalam perubatan moden dan penemuan teknologi terkini, hasil sumbangan kajian bioteknologi yang ekstensif telah membolehkan herba 'ajaib' ini tersedia untuk semua lapisan masyarakat.

Walau bagaimanapun, apabila dunia moden mula mempraktikkan proses replikasi cordyceps sinensis, ramai yang beranggapan mengenai kemungkinan berlakunya kesan-kesan sampingan akibat pengambilan herba yang ditanam secara tiruan ini.


Penanaman stroma cordyceps secara tiruan berjaya dihasilkan oleh Pusat Penyelidikan Teknologi Kawalan Mikropersekitaran, Institut Penyelidikan Universiti Tsinghua, Zhejiang Delta Sungai Yangtze.

 Secara ringkasnya, universiti tersebut telah menemui kaedah terbaik bagi mencipta persekitaran yang ideal untuk pertumbuhan 'semula jadi' cordyceps sinensis aseksual, dengan mengguna pakai proses yang sesuai dan tepat untuk memperoleh ekstrak dan nutrien yang sama seperti yang terkandung di dalam cordyceps sinensis liar.

 Penyelidikan dan kajian saintifik selama bertahun-tahun lamanya telah membuktikan bahawa ciri-ciri dan komponen nutrisi cordyceps sinensis kultur adalah sama seperti, atau lebih tinggi daripada cordyceps sinensis liar.

Selain itu, kajian juga menunjukkan bahawa ia boleh dibiak untuk menghasilkan spora cordyceps sinensis yang berkualiti tinggi.

 Proses penanaman melibatkan replikasi persekitaran yang sesuai untuk pertumbuhan cordyceps sinensis.

Tiada langsung sisa aditif mahupun pengawet dapat dikesan dalam stroma cordyceps sinensis kultur tiruan ini.

Seperti spesis liar, cordyceps sinensis kultur tidak mencetuskan sebarang kesan sampingan yang toksik atau memudaratkan.

Selain itu, pelbagai kajian berjaya menunjukkan bahawa cordyceps sinensis kultur mudah diserap oleh tubuh manusia bagi membolehkan elemen 'ajaib'nya memberi kesan yang lebih cepat dan lebih efektif.

 Hari ini, daripada jumlah anggaran 300 spesis cordyceps yang diedarkan di seluruh dunia, hampir 60 spesis cordyceps sinensis liar berasal dari China sahaja.

Spesis yang memiliki nilai perubatan paling tinggi ialah cordyceps sinensis dan cordyceps militaris.


FAKTA FARMAKOLOGI DAN KAJIAN KLINIKAL 

Kajian menunjukkan bahawa cordyceps bermanfaat untuk kesihatan jantung, hati dan sistem imun.

1-Sakit jantung: Dalam kajian klinikal degupan jantung, jumlah darah yang dipam, pengeluaran kardiak dsb. didapati meningkat dengan ketara dalam kumpulan cordyceps lawan kumpulan kawalan.

2- Kolesterol: Cordyceps berkesan mengurangkan tahap kolesterol LDL "tidak baik" dan meningkatkan tahap kolesterol HDL "baik". Dalam satu kajian, cordyceps didapati mampu merendahkan tahap kolesterol keseluruhan sekurang-kurangnya sebanyak 17%.

3- Penyakit Hati: Cordyceps berupaya memperbaiki simptom-simptom dan struktur sel hati secara dramatik. Sel-sel sirosis tidak lagi dikesan dalam 70 peratus pesakit.

4- Disfungsi seksual: Cordyceps boleh memanfaatkan lelaki dan wanita yang menghadapi masalah fungsi seksual.

5- Gangguan sistem imun: Cordyceps dianggap sebagai salah satu agen imunomodulator yang paling mudah diadaptasikan dalam apa jua keadaan.

6- Sistem pernafasan: Cordyceps boleh mempertingkatkan kesihatan perokok serta pesakit asma, jangkitan paru-paru dan batuk yang teruk.



Read More »

#MLM ~ Mengapa Anda Perlu Memilih AHB?

0 comments


MENGAPA MEMILIH AHB 
Integriti, Informative, Inisiatif, Inovatif, Interaktif 

 Kenapa Pemasaran Rangkaian @ Pemasaran Berbilang Tingkat? 



 Bisnes Anda Sendiri 


 Masa Depan Bergantung di Tangan Anda 


 Pencapaian Peribadi 


 Pendapatan Tanpa Had 


 Perniagaan yang boleh Diwarisi 


 Mempercepatkan Pencapaian Impian Anda 


 Pelaburan Rendah & Keuntungan Tinggi 


 Pelaburan Tanpa Risiko 


 Mengurus Masa Anda Sendiri 


 7 Keajaiban AHB 

 1-Lembaga Pengarah & Pengurusan yang berpengalaman di ketuai oleh Y.A.M. Tengku Baharuddin Ibni Sultan Mahmud, DK. 

 2-Asas kewangan yang kuat & kukuh dengan kerjasama rakan kongsi RESINTECH BERHAD (sebuah syarikat awam yang tersenarai di Papan Utama Bursa Saham Malaysia). 

 3-Memiliki sendiri kesenian produk nutrisi BIOTECHNOLOGY dengan pembangunan & penyelidikan (R&D) bersama dengan universiti TOP 40 di dunia. 

 4-Sistem perniagaan Pemasaran Rangkaian secara ONLINE e-Dagang ke seluruh dunia: contoh - Bonus Online, Pendaftaran Online, Beli-belah Online, Multimedia Online dsbg. 

 5-Pelaburan sebanyak USD 5 Milion untuk pemindahan bioteknologi yang dipatenkan ke atas tisu CORDYCEPS ke Malaysia. 

 6-Sistem Pendidikan AHB - program latihan yang sistematik dan menyeluruh untuk memupuk budaya penjagaan, perkongsian dan penyayang. 

 7-Pelan Pemasaran Advance Hybrid yang dipercayai dan realistik untuk pengedar bagi mencapai IMPIAN mereka.

Read More »

#TESTIMONI~ Codikinz vs Hipertensi(Darah Tinggi)

0 comments
CODI KINZ vs HIPERTENSI

Penyakit tekanan darah tinggi yang serius akan mengakibatkan sakit jantung dan juga stroke.

Tetapi disebaliknya, penyakit tekanan darah tinggi sebenarnya bukan satu penyakit yang teruk sehingga menyebabkan kematian jika kita dapat mengubah gaya hidup dan pemakanan yang lebih sihat.

 Pada bulan lepas, program CODI KINZ telah diadakan untuk menurunkan tekanan darah tinggi dan berikut merupakan hasil testimony daripada calon yang mempunyai masalah tekanan darah tinggi.

Calon-calon diminta untuk menghabiskan satu botol CODI KINZ dalam seminggu selama 4 minggu berturut-turut.

 Keputusan yang diperolehi amat memberangsangkan !


Read More »

#TESTIMONI~ Codi Jus vs Paru-Paru Bernanah(Pneumonia)

0 comments
Paru-paru bernanah

Anak saya telah disahkan pheumonia oleh doktor.

 Dia terpaksa dimasukkan ke ICU untuk ditebuk paru-patu bagi membuang nanah di dalamnya.

 Terus-terang saya cakap,keadaan dia separa kritikal.

 Sebulan dia duduk di hospital keadaan dia tak berubah.

 Demam turun naik.

Walaupun kena tebuk nanahnya tak habis keluar.

 Dia asyik demam disebabkan nanah di paru-paru tidak habis keluar.

 Satu hari mak saya memperkenalkan Codijus kepada saya.

 Saya bagi anak saya minum codijus pagi dan malam.

 Alhamdullilah 4 atau 5 hari keadaan dia semakin pulih.

Bila x-ray nanah pun semakin berkurangan.

 Doktor pun terkejut melihat perubahan anak saya yang  semakin pulih.

 Dengan izin Allah Alhamdulillah, sampai sekarang anak saya dah kurang sakitnya.

 Sebelum anak saya mengamalkan codijus dia selalu demam, tetapi sekarang Alhamdullilah dah tak selalu sakit, sekolah pun ok.

 Alhamdulillah, Terima kasih Asia Herbal Biotech

 Testimoni En. Hafizi


Credit: Fb AHB Sarawak


Read More »

#INFO HERBA~ Cordyceps Penawar Terbaik Asma Dan Masalah Paru-Paru

0 comments
Penawar ASMA yang mengalahkan perubatan moden dijumpai 1500 tahun dahulu di pergunungan China.

  Setiap penyakit pasti ada penawarnya kecuali mati.

 Penawar ini Tuhan sebarkan ke seluruh alam.

Cuma kita perlu usaha mencarinya.

 Salah satu penawar ajaib telah dijumpai di pergunungan China, Tibet dan Nepal 1500 tahun dahulu.

Penawar ini merupakan sejenis cendawan bernama Cordyceps.

 Kehebatan herba ini telah diketahui oleh masyarakat China sejak sekian lama.

 Pada zaman moden ini pelbagai kajian telah diadakan untuk mengenalpasti kehebatan herba ini.

 Dalam satu kajian menunjukkan Cordyceps sangat berkesan merawat Bronchitis, Asthma, and Chronic Obstructive Pulmonary Disease (COPD).

 Ia mampu meningkatkan pengaliran oksigen ke dalam paru-paru.

 Selain itu, Cordyceps yang mempunyai fungsi anti-inflammatory sangat-sangat membantu pesakit asthma yang sering bermasalah akibat alergik yang mering menyebabkan saluran bronchial mereka membengkak.

 Satu kajian perubatan lapangan menunjukkan, 21 daripada 27 pesakit yang mengambil cordyceps selama 3 minggu menunjukkan mengurangan batuk, rasa sejuk dan bersin.

 Di Universiti Beijing, 65 orang pesakit asma yang gagal dirawat dengan perubatan moden menunjukkan keberkesanan sehingga 81.3%. (Sumber : medicalhealthguide.com, cordycepsreviews.com dan myhealthherbals.com)

 Kajian-kajian di atas jelas menunjukkan bahawa cordyceps amat berkesan untuk merawat asma.

 Cordyceps merupakan bahan utama produk AHB seperti #codijuize dan #daylite.

 Kedua-dua produk ini amat berkesan digunakan oleh mereka yang ada asma.

 Anak puan Liana (dari Sarawak) yang telah menggunakan inhaler dari kecil dan sering nabulazer juga sudah tidak menggunakannya dua kaedah ini lagi sejak mengamalkan codijuize.

 Untuk pertanyaan dan info produk inbox kami atau whatsapp 019.477.4970.


Read More »

#TAHNIAH~Trip Umrah Mega Bonus ke-3 2016

0 comments
Dengan bangga saya memperkenalkan En Sanusi & Pn Kathijah yang berangkat Ke Tanah Suci bersama anak mereka Crown Director AHB Hafizi.
Hari ini melalui Mega point AHB anak muda ini berjaya membawa kedua Ibu bapa Ke Tanah Suci bersama jemaah AHB.

 Satu kejayaan yang tidak dapat di ukur & di nilai apabila seorang anak dapat membawa Ibu,Bapa Ke Tanah Suci.

 Kejayaan ini bukan hanya untuk Dunia tetapi juga untuk akhirat.

Tahniah CD Hafizi, semoga di permudahkan segala urusan umrah Di Tanah suci.

 "Hendak seribu daya, tak hendak seribu alasan"

 Ini bukan mimpi tapi kenyataan.

 AHB : Anda Harus Berangkat


Read More »
Datuk Siti menerima sekotak jus cordy dari leader AHB




Hadiah perkahwinan untuk Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari berupa Cordybelle.






Asia Herbal Biotech Sdn. Bhd. (869859-H)

AJL:931818

No. 1-2 & 1-3, Jalan PJS 8/17, Dataran Mentari, 46150 Petaling Jaya Selangor, Malaysia.

Customer Service Hotline:

+603 5622 2600
+603 5622 2900 (Fax)
info@ahb2u.com

Operation Hours:

Mon - Fri - 10.00am - 7.00pm
Saturday- 10.00am to 2.00pm

Office is close on every Sunday and Public Holiday




Photobucket
PERHATIAN: Ini adalah laman web peribadi. Tiada kaitan dengan Syarikat MLM yang disertai. Tujuan laman web ini disediakan adalah bagi membantu ahli-ahli yang berdaftar di bawah kumpulan AHB Cordyceps4u untuk membuat promosi menaja ahli-ahli yang baru. Promosi boleh dilakukan secara online dan juga offline serta terpulang kepada kreativiti anda.
Laman web rasmi syarikat adalah di
http://www.ahb2u.com