AHB STAR AWARD 2015 team AKADEMI PENCETUS JUTAWAN

#INFO ~ Cordyceps Liar lawan Cordyceps Kultur Tisu


Sejak zaman lampau lagi, cordyceps sinensis dianggap sebagai anugerah ajaib atau penawar untuk semua jenis penyakit dan ia disediakan khusus untuk Maharaja Cina sahaja kerana herba yang sangat mahal ini hanya boleh dituai dari habitat semula jadinya di altitud yang tinggi.

 Namun demikian, kemajuan teknologi dalam perubatan moden dan penemuan teknologi terkini, hasil sumbangan kajian bioteknologi yang ekstensif telah membolehkan herba 'ajaib' ini tersedia untuk semua lapisan masyarakat.

Walau bagaimanapun, apabila dunia moden mula mempraktikkan proses replikasi cordyceps sinensis, ramai yang beranggapan mengenai kemungkinan berlakunya kesan-kesan sampingan akibat pengambilan herba yang ditanam secara tiruan ini.


Penanaman stroma cordyceps secara tiruan berjaya dihasilkan oleh Pusat Penyelidikan Teknologi Kawalan Mikropersekitaran, Institut Penyelidikan Universiti Tsinghua, Zhejiang Delta Sungai Yangtze.

 Secara ringkasnya, universiti tersebut telah menemui kaedah terbaik bagi mencipta persekitaran yang ideal untuk pertumbuhan 'semula jadi' cordyceps sinensis aseksual, dengan mengguna pakai proses yang sesuai dan tepat untuk memperoleh ekstrak dan nutrien yang sama seperti yang terkandung di dalam cordyceps sinensis liar.

 Penyelidikan dan kajian saintifik selama bertahun-tahun lamanya telah membuktikan bahawa ciri-ciri dan komponen nutrisi cordyceps sinensis kultur adalah sama seperti, atau lebih tinggi daripada cordyceps sinensis liar.

Selain itu, kajian juga menunjukkan bahawa ia boleh dibiak untuk menghasilkan spora cordyceps sinensis yang berkualiti tinggi.

 Proses penanaman melibatkan replikasi persekitaran yang sesuai untuk pertumbuhan cordyceps sinensis.

Tiada langsung sisa aditif mahupun pengawet dapat dikesan dalam stroma cordyceps sinensis kultur tiruan ini.

Seperti spesis liar, cordyceps sinensis kultur tidak mencetuskan sebarang kesan sampingan yang toksik atau memudaratkan.

Selain itu, pelbagai kajian berjaya menunjukkan bahawa cordyceps sinensis kultur mudah diserap oleh tubuh manusia bagi membolehkan elemen 'ajaib'nya memberi kesan yang lebih cepat dan lebih efektif.

 Hari ini, daripada jumlah anggaran 300 spesis cordyceps yang diedarkan di seluruh dunia, hampir 60 spesis cordyceps sinensis liar berasal dari China sahaja.

Spesis yang memiliki nilai perubatan paling tinggi ialah cordyceps sinensis dan cordyceps militaris.


FAKTA FARMAKOLOGI DAN KAJIAN KLINIKAL 

Kajian menunjukkan bahawa cordyceps bermanfaat untuk kesihatan jantung, hati dan sistem imun.

1-Sakit jantung: Dalam kajian klinikal degupan jantung, jumlah darah yang dipam, pengeluaran kardiak dsb. didapati meningkat dengan ketara dalam kumpulan cordyceps lawan kumpulan kawalan.

2- Kolesterol: Cordyceps berkesan mengurangkan tahap kolesterol LDL "tidak baik" dan meningkatkan tahap kolesterol HDL "baik". Dalam satu kajian, cordyceps didapati mampu merendahkan tahap kolesterol keseluruhan sekurang-kurangnya sebanyak 17%.

3- Penyakit Hati: Cordyceps berupaya memperbaiki simptom-simptom dan struktur sel hati secara dramatik. Sel-sel sirosis tidak lagi dikesan dalam 70 peratus pesakit.

4- Disfungsi seksual: Cordyceps boleh memanfaatkan lelaki dan wanita yang menghadapi masalah fungsi seksual.

5- Gangguan sistem imun: Cordyceps dianggap sebagai salah satu agen imunomodulator yang paling mudah diadaptasikan dalam apa jua keadaan.

6- Sistem pernafasan: Cordyceps boleh mempertingkatkan kesihatan perokok serta pesakit asma, jangkitan paru-paru dan batuk yang teruk.



0 comments:

Datuk Siti menerima sekotak jus cordy dari leader AHB




Hadiah perkahwinan untuk Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari berupa Cordybelle.






Asia Herbal Biotech Sdn. Bhd. (869859-H)

AJL:931818

No. 1-2 & 1-3, Jalan PJS 8/17, Dataran Mentari, 46150 Petaling Jaya Selangor, Malaysia.

Customer Service Hotline:

+603 5622 2600
+603 5622 2900 (Fax)
info@ahb2u.com

Operation Hours:

Mon - Fri - 10.00am - 7.00pm
Saturday- 10.00am to 2.00pm

Office is close on every Sunday and Public Holiday




Photobucket
PERHATIAN: Ini adalah laman web peribadi. Tiada kaitan dengan Syarikat MLM yang disertai. Tujuan laman web ini disediakan adalah bagi membantu ahli-ahli yang berdaftar di bawah kumpulan AHB Cordyceps4u untuk membuat promosi menaja ahli-ahli yang baru. Promosi boleh dilakukan secara online dan juga offline serta terpulang kepada kreativiti anda.
Laman web rasmi syarikat adalah di
http://www.ahb2u.com