AHB STAR AWARD 2015 team AKADEMI PENCETUS JUTAWAN

#PART 2 ~ 25 ELEMEN UNTUK BERJAYA DALAM BISNES MLM

Apa yang dilakukan oleh mereka yang berjaya? Bagaimana mereka beroperasi?

1. Seseorang yang berjaya sentiasa mempunyai pelan bertindak 

 Tiada perniagaan yang akan berjaya tanpa pelan bertindak.

Tiada bank yang akan memberikan pinjaman kepada sebarang permohonan perniagaan kecuali jika perniagaan tersebut mempunyai pelan perniagaan dan mengetahui sepenuhnya bagaimana individu tersebut akan membelanjakan pinjaman yang akan diberikan.

 Tiada kontraktor yang akan membina sesebuah bangunan tanpa pelan yang belum mendapat kelulusan dari pihak berwajib. Begitu juga dengan perniagaan anda. Ketahui di mana anda dan ke mana ingin anda tuju.

Kaji pelan pemasaran anda, kelebihan dan kekurangan diri anda.

Pilih kaedah yang sesuai untuk membangunkan perniagaan anda yang sesuai dengan bakat yang anda miliki. Anda harus tahu di mana hendak fokuskan tenaga anda.

Pelan yang baik harus mempunyai senarai bertulis mengenai objektif anda dan bagaimana anda ingin mencapainya.

Plan yang baik akan memasukkan senarai siapa yang anda kenali. Senaraikan nama-nama mereka dalam senarai prospek.

Seorang yang berjaya tidak hanya mempunyai pelan untuk diri mereka sendiri tetapi juga mempunyai jalan untuk membantu membentuk pelan ahli jaringan mereka.

Amanatkan pengedar baru anda dengan pelan dan objektif untuk dicapai dalam tempoh masa yang tertentu dan bantu mereka untuk mencapainya.

Bila seseorang pengedar dalam organisasi anda berjaya mencapai objektif tersebut, bantu mereka untuk membentuk objektif yang baru.

Jika tidak anda akan mendapati, selepas mereka berjaya mencapai objektif yang pertama mereka ingin berehat.

Perniagaan MLM adalah cabaran yang berterusan.

Bantu pengedar anda untuk terus melepasi cabaran tersebut melalui cara yang betul dan terancang sempurna.
Sebahagian dari objektif tidak akan membawa anda ke mana-mana sepertimana juga, jika anda tidak mempunyai objektif langsung.

Anda mempunyai pilihan untuk hidup anda boleh berubah.

Anda boleh pilih bagaimana cara yang anda suka.

Bagaimanapun langkah yang pertama perlu anda ambil dalam membentuk pelan kejayaan adalah untuk mendefinisikan apa sebenarnya yang anda inginkan.

Bagaimana anda ingin menjalani kehidupan?

Rumah bagaimana yang anda inginkan?

Kereta jenis apa yang anda mahu?

Di mana anda ingin memberikan pendidikan sekolah terhadap anak anda?

Di persekitaran bagaimana ingin anda tinggal?

Andaikan pendapatan anda setahun RM100,000 tidak mencukupi untuk menampung kehidupan anda, secara tidak langsung anda tidak boleh menentukan bentuk kehidupan yang anda ingin tempohi.

Anda akan menghadapi masalah untuk mencapai angka tersebut.

Anda perlu mempunyai matlamat yang jelas mengapa anda perlukan pendapatan sebanyak itu.

Lihat sekeliling anda sekarang, apa yang ingin diubah dalam hidup anda.

Anda tidak harus menghadkan kepada keadaan anda sekarang, kerana apa yang ada hari ini adalah hasil dari apa yang telah anda lakukan terdahulu.

Untuk masa akan datang anda boleh pelan hari ini.

Jika anda tidak bermula hari ini untuk menentukan apa yang anda inginkan di masa hadapan, anda akan menangguhkannya lebih jauh lagi di masa akan datang.

Hari ini adalah apa yang telah anda ciptakan semalam tetapi hari esok tidak, anda boleh menciptanya dengan keyakinan anda hari ini.

Di mana anda akan berada esok dan bagaimana anda akan sampai ke sana.

Bagaimana anda membentuk objektif masa hadapan anda.

Sama seperti yang dilakukan oleh para pelukis. Mereka bermula dengan kanvas kosong, kemudian lahirnya idea dan diikuti dengan membuat lakaran di atas kanvas berulangkali dan bila mereka tahu apa yang mereka inginkan mereka mula melukis.

Pembentukan objektif juga melalui proses yang sama.

Ambil pen dan kertas, tuliskan apa yang anda inginkan.

Jika ianya sebuah kereta baru, tentukan buatan negara mana, model bila, apa warna di dalam, luar dan sebagainya.

Fikirkan kesemua bahagian kenderaan tersebut hingga anda tahu apa sebenarnya yang anda inginkan.

Kemudian pergi berjumpa dengan wakil penjual kereta dan lihat kereta yang anda inginkan.

Pandu uji kereta tersebut, bayangkan ianya kepunyaan anda.

Ketahui berapa harganya supaya anda tahu jumlah pendapatan yang diperlukan untuk membolehkan anda membeli kereta tersebut.

Jalan terbaik untuk anda mengingati objektif anda adalah dengan menggantungkan gambarnya di tempat-tempat yang mudah dilihat setiap hari seperti di peti sejuk, cermin dan sebagainya.

Ini akan memberi anda motivasi untuk memastikan anda mendapatkannya.

Apa yang anda harapkan dari perniagaan anda?.

Jika anda tidak tahu, sudah masanya untuk anda membuat penilaian sama ada anda harus berada dalam perniagaan ini atau sebaliknya.

Dengan menulis dan menerangkan objektif anda, anda akan tahu bahawa objektif tidak pernah terhad

Ianya bukan mengenai perkataan yang diucapkan oleh pemimpin atau pakar motivasi tetapi kejayaan untuk memikir secara positif, menulis dan memperkatakannya.

Motivasi yang terbaik adalah apabila anda mempunyai keinginan untuk mencapai objektif tertentu yang telah anda tetapkan.

Tiada orang yang akan mencapai objektif dalam hidup mereka tanpa arah tujuan.

 Ia adalah hasil dari perancangan yang rapi dan objektif yang baik.

Bila anda menulis objektif anda, anda harus percaya ianya boleh di capai.

Menulis objektif bukanlah satu latihan untuk menguji kelebihan pen anda tetapi langkah pertama menuju kejayaan.

2. Arah tuju amat penting. Seseorang yang berjaya sentiasa tahu ke mana mereka ingin pergi dan mencatatkan objektif mereka 

Perkara ini berjalan seiringan dengan plan bertindak.

Kejayaan adalah merupakan kepuasan apabila berjaya mencapai objektif.

Mari kita ambil contoh berikut:-

Bayangkan sebuah kapal meninggalkan pelabuhan dengan kaptennya tetapi ia tidak mempunyai destinasi yang ingin dituju.

Oleh itu beliau tidak membawa peralatan yang sepatutnya, tidak memeriksa tangki minyak dan sebagainya.

Sudah pastinya beliau tidak mempunyai had masa untuk melakukan semua ini.

Beliau juga tidak mengambil peduli kerana yang penting baginya adalah kapal tersebut meninggalkan pelabuhan.

Oleh itu beliau meninggalkan semua peralatan yang diperlukan.

Perjalanan kapal hanya mengikut arus dan beliau hanya menanti ke mana kapal tersebut akan dibawa. Apakah peluangnya untuk sampai ke pelabuhan.

Sebenarnya tiada kerana arus sentiasa pasang dan surut untuk sampai ke pelabuhan adalah mustahil.

Kapten kapal mestilah ada destinasi tertentu dan membuat persiapan rapi sebelum memulakan pelayaran.

Beliau juga harus memastikan kapal berada di laluan yang betul mengikut hala tuju yang telah ditetapkan.

Kapten tersebut harus sentiasa memikirkan objektifnya iaitu untuk sampai ke pelabuhan sepanjang pelayaran tersebut.

Ini merupakan satu-satunya cara untuk beliau tiba ke destinasi yang dituju.

Keadaan yang serupa bagi anda.

Jika kita ingin mencapai sesuatu dalam kehidupan ini, kita mestilah:-

1. Mempunyai impian / bayangan / angan-angan
2. Tentukan langkah-langkah apa yang diperlukan untuk sampai ke destinasi
3. Memperolehi semua instrument yang diperlukan untuk ke destinasi
4. Tentukan arah haluan
5. Mulakan bertindak / perjalanan
6. Periksa keadaan bertindak / sepanjang perjalanan tersebut.

 3. Seseorang pegawai pemasaran MLM terlibat dalam semua aspek plan pemasaran termasuk jualan

 Pernahkah anda mendengar seseorang mengatakan; “Jangan risau tentang penjualan produk, kami di pihak pengurusan akan melakukannya.” 

Tiada barisan pihak pengurusan sekiranya tiada para jurujual untuk diuruskan.

Setiap pengedar akan meniru apa yang dilakukan oleh penaja mereka.

Jika anda tidak melakukan jualan produk tersebut, jangan harap mereka yang lain akan melakukannya.

Hasilnya anda akan mempunyai organisasi yang hanya dapat sales kit syarikat sahaja.

Pada dasarnya syarikat MLM tidak akan memperolehi keuntungan sehinggalah terdapat aktiviti jualan dilakukan.

Jika anda mengharapkan jumlah jualan meningkat, anda haruslah mengikuti setiap prinsipal MLM iaitu kombinasi antara jualan dan tajaan.

Jika anda menunjukkan kepada pengedar yang lain seolah-olah anda adalah sebahagian dari pihak pengurusan dan enggan menjual, anda akan menyebabkan kejatuhan syarikat tersebut dan juga diri anda sendiri.

Jika anda yakin dengan produk, baik untuk diri anda dan pengguna yang lain, anda harus sanggup berkongsi produk tersebut dan pelan pemasarannya.

Jika sebaliknya anda harus memikirkan semula apa yang sedang anda lakukan dalam perniagaan tersebut.

 4. Seseorang yang berjaya akan sentiasa mempunyai jadual mesyuarat peluang perniagaan 

 Pada peringkat permulaan anda mungkin terpaksa bergantung kepada penaja anda untuk membawa prospek anda ke mesyuarat.

Jika anda bercita-cita untuk mempunyai sebuah perniagaan yang besar dan berjaya anda harus melakukannya sendiri.

Belajar bagaimana untuk mengendalikan mesyuarat peluang perniagaan anda sendiri dengan secara teratur.

Mengadakannya secara berterusan adalah kunci kepada setiap operasi MLM.

Untuk membolehkan perniagaan anda membangun dengan berjaya anda harus sentiasa terdedah kepada peluang baru dan pengedar baru.

Tidak lupa juga untuk mengadakan mesyuarat diantara ahli-ahli jaringan di bawah anda.

Jika anda berharap dengan menaja beberapa pengedar sahaja yang mereka akan keluar melakukan kerja untuk menjadikan anda kaya.

Anda tidak mungkin akan berjaya.

Untuk memastikan anda berjaya adalah dari diri anda sendiri.

 5. Seseorang yang berjaya mempelajari setiap aspek perniagaannya 

 Perniagaan berlandaskan konsep MLM amat mudah untuk dipelajari.

Bagaimanapun mempelajari teknik untuk menjadi usahawan yang berjaya dalam MLM mengambil masa yang lama.

Pendapatan yang anda perolehi dari bidang ini adalah setanding dengan pendapatan seorang doktor mahupun peguam.

Untuk menjadi seorang doktor atau peguam, seseorang individu tersebut mestilah melalui proses pembelajaran dan latihan praktikal bertahun-tahun sebelum ia boleh menikmati pendapatan tersebut.

Tetapi ini berbeza apabila anda melibatkan diri dalam industri MLM.

Anda cuma perlu melakukan sedikit masa dan usaha untuk memperolehi ganjaran kerana anda berada dalam dunia perniagaan untuk diri anda sendiri, oleh itu anda perlu meluangkan sedikit masa dan usaha untuk mempelajari setiap aspek perniagaan tersebut, tekniknya dan setiap panduan yang ditawarkan oleh perniagaan anda.

Jika ini tidak dapat anda lakukan, anda mungkin akan memperolehi pendapatan seperti diperingkat permulaan atau tiada pendapatan langsung.

Perniagaan anda adalah sama dengan perniagaan yang lain kecuali dari segi modal.

Oleh itu jalankan perniagaan tersebut secara sepatutnya.

Adakah anda sekarang mampu menjawab pertanyaan mengenai produk atau syarikat anda jika ditanya oleh seseorang.

Bagaimana dengan pelan dan konsep pemasaran.

Jika anda masih tidak mampu menjawabnya anda masih lagi belum berjaya mencapai kebebasan kewangan kerana bekerja sendiri tanpa disiplin diri adalah jalan ke arah kejatuhan.

0 comments:

Datuk Siti menerima sekotak jus cordy dari leader AHB




Hadiah perkahwinan untuk Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari berupa Cordybelle.






Asia Herbal Biotech Sdn. Bhd. (869859-H)

AJL:931818

No. 1-2 & 1-3, Jalan PJS 8/17, Dataran Mentari, 46150 Petaling Jaya Selangor, Malaysia.

Customer Service Hotline:

+603 5622 2600
+603 5622 2900 (Fax)
info@ahb2u.com

Operation Hours:

Mon - Fri - 10.00am - 7.00pm
Saturday- 10.00am to 2.00pm

Office is close on every Sunday and Public Holiday




Photobucket
PERHATIAN: Ini adalah laman web peribadi. Tiada kaitan dengan Syarikat MLM yang disertai. Tujuan laman web ini disediakan adalah bagi membantu ahli-ahli yang berdaftar di bawah kumpulan AHB Cordyceps4u untuk membuat promosi menaja ahli-ahli yang baru. Promosi boleh dilakukan secara online dan juga offline serta terpulang kepada kreativiti anda.
Laman web rasmi syarikat adalah di
http://www.ahb2u.com