AHB STAR AWARD 2015 team AKADEMI PENCETUS JUTAWAN

#PART 3 ~ 25 ELEMEN UNTUK BERJAYA DALAM BISNES MLM

Apa yang dilakukan oleh mereka yang berjaya? Bagaimana mereka beroperasi?

1. Seseorang yang berjaya adalah mereka yang sentiasa bekerjasama

 Mereka yang menentang sesuatu isu atau idea yang baru boleh menyebabkan kejatuhan seseorang dan juga syarikat.

Bila idea baru diketengahkan didalam mesyuarat anda harus melihat kebaikan dalam idea tersebut.

Mereka yang gagal akan sentiasa mencari kesalahan.

Mereka tidak akan bekerjasama dengan kumpulan dan akan memastikan bahawa cara mereka adalah satu-satunya cara dan mereka akan mengendalikan perniagaan mereka dengan caranya sendiri.

MLM adalah bentuk perniagaan yang berbeza dari bentuk perniagaan yang lain.

Ia lebih kepada kerjasama secara berkumpulan.

Bekerjasama dengan ahli-ahli jaringan anda.

Pemimpin dan ahli jaringan mesti berkerjasama secara berkumpulan untuk mengejar objektif yang sama cuma mungkin di tahap yang berbeza. 

2. Seseorang yang berjaya akan sentiasa menggalakkan yang lain 

 Galakkan dan pengetahuan adalah amat berharga.

Ianya amat penting untuk kita semua.

Seorang yang berjaya akan sentiasa memandang tinggi terhadap seseorang, gembira dan menggalakkan mereka.

Malangnya kadangkala kita menyalahgunakan perkataan “HANYA”.

Kita selalu menyebut seseorang itu “HANYA” seorang buruh.

Setiap apa yang mereka lakukan adalah merupakan yang terbaik mereka boleh lakukan ianya juga menyumbang kepada masyarakat secara keseluruhan.

Fikirkan bagaimana ini boleh membantu kepada perniagaan anda.

Bayangkan jika anda menemui seseorang dalam profesion tertentu.

Contohnya seorang pembantu.

Anda katakan kepadanya; “Kasihan anda, bagaimana anda boleh memperolehi cukup pendapatan untuk menampung kehidupan?”

Dalam situasi ini anda telah merendah-rendahkan mereka.

Mereka pasti akan mengatakan bahawa keadaan mereka sangat baik dan mereka akan cuba untuk meningkatkan karier mereka ke satu tahap yang lebih baik.

 Jawapan begini hanyalah kerana anda memandang rendah terhadap mereka.

 Ambil contoh yang sama dan katakan; “Saya difahamkan pekerja-pekerja seperti anda mempunyai nasib yang baik dalam keadaan ekonomi sekarang.”

Dan mereka mungkin akan memaklumkan kepada anda bahawa keadaan tidaklah sebaik yang anda sangkakan.

Mereka mungkin mengatakan bahawa pihak persatuan sekerja tidak memperjuangkan peningkatan gaji yang sepatutnya mereka terima atau berbagai-bagai lagi sebab.

Lihat perbezaannya.

Sekarang anda mempunyai peluang untuk memulakan perbualan mengenai perniagaan anda dan bagaimana mereka boleh mendapat pendapatan tambahan di masa lapang mereka.

Setiap orang penting dalam cara mereka yang tersendiri.

Jangan memandang rendah terhadap orang lain.

Cari kelebihan bukan kelemahan. Anda mungkin mempunyai hubungan yang lebih baik.

 3. Seseorang yang berjaya tidak pernah terlalu teknikal 

 Penahkah anda menemui pengedar baru dalam organisasi anda yang akan keluar dan membina perniagaannya sendiri sebaik sahaja beliau memperolehi manual syarikat, mencuba kesemua produk, menyiasat latarbelakang setiap eksekutif dalam syarikat dan membuat penyelidikan mengenai kerugian yang berkaitan dengan MLM.

 Jangan salah anggap, tidak salah untuk berhati-hati dengan keputusan perniagaan anda.

Tetapi anda tidak perlu membentuk semula sistem yang telah sedia ada. MLM adalah perniagaan bersama.

Teruskan bekerjasama dengan mereka yang lain.

Pelajari tentang produk tetapi jangan lakukan ujian makmal terhadap mereka.

Syarikat yang anda ceburi adalah bertanggungjawab untuk memberi anda maklumat tentang perniagaan tersebut.

Anda berada dalam bidang pemasaran.

Pelajarinya melalui pengalaman, keluar dan bekerjasama dengan yang lain.

Cari pengalaman dan biarkan bahagian pengurusan diuruskan oleh pihak pengurusan.

Para jurujual tidak perlu tahu bagaimana untuk membuat sebuah kereta, yang penting bagi mereka adalah untuk menjual produk tersebut dan boleh diyakini kualitinya dan anda juga harus begitu.

4. Seseorang yang berjaya akan meluangkan masa untuk membaca, mendengar dan mempelajari apa sahaja yang boleh 

 Berapa kali anda dapati salah seorang ahli jaringan anda tidak menghadiri mesyuarat hanya kerana beliau tidak mempunyai prospek untuk dibawa ke mesyuarat tersebut, walaupun beliau faham mengenai plan pemasaran.

Pernahkah anda mendengar seseorang yang tidak pernah membaca buku mengenai motivasi kerana mereka seorang yang bermotivasi dan ‘self starter’.

Industri ini mempunyai banyak buku-buku dan CD untuk menerangkan kepada anda bagaimana ianya dilakukan.

Dan terdapat beribu-ribu orang yang telah berjaya melakukannya.

Mereka ini juga telah menulis buku untuk memberitahu anda bagaimana mereka melakukannya.

Tetapi kerana kekurangan masa dan masalah kewangan mereka tidak cuba mendapatkan bahan ini untuk memperolehi lebih maklumat.

Bagaimanapun pelaburan anda terhadap buku-buku tersebut akan memberikan pulangan yang lumayan kerana ia akan memberikan anda idea-idea baru untuk menaja seseorang individu yang hebat.

Oleh itu lupakan soal harga, fikirkan tentang nilainya.

Berapa ramaikah eksekutif yang anda kenali yang tidak membaca?

Untuk berjaya anda hendaklah lakukan seperti orang yang telah berjaya lakukan

 5. Seseorang yang berjaya akan meluangkan masanya untuk perniagaan 

 “Saya tahu anda menghadiri mesyuarat malam ini kerana tiada perlawanan bola.”

“Saya tahu anda akan menghadiri mesyuarat malam ini jika tidak kerana saudara-mara anda datang.”

Setiap hari anda menghabiskan 8 jam untuk bertugas di pejabat.

Kenapa?

Kerana anda harus lakukannya.

Anda juga sekarang melibatkan diri dalam perniagaan ini secara sambilan.

Kenapa?.

Kerana anda tidak mahu menghabiskan masa 8 jam itu untuk orang lain selamanya.

Anda harus meluangkan masa untuk perniagaan anda, anda harus membenarkan diri anda membaca, menghadiri mesyuarat, membawa prospek, menjual produk dan membangunkan perniagaan anda.

Jika anda tidak melakukannya sekarang, 8 jam yang anda habiskan untuk orang lain akan berakhir dengan lebih banyak masa dan lebih banyak pengorbanan.

6. Seseorang yang berjaya tidak menunggu dan akan bertindak segera

 Anda sekarang mempunyai senarai prospek.

Berapa ramaikah di dalam senarai tersebut yang anda telah hubungi dan tetapkan temujanji?

Jika tiada, mengapa?

Memang anda boleh menangguhkannya hingga esok.

Berapa kali anda pernah menghadiri mesyuarat dan mendapati senarai prospek anda telah ditaja oleh orang lain.

Menunggu memang akan merugikan anda, oleh itu mengapa tunggu?.

Lakukannya sekarang.

0 comments:

Datuk Siti menerima sekotak jus cordy dari leader AHB




Hadiah perkahwinan untuk Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari berupa Cordybelle.






Asia Herbal Biotech Sdn. Bhd. (869859-H)

AJL:931818

No. 1-2 & 1-3, Jalan PJS 8/17, Dataran Mentari, 46150 Petaling Jaya Selangor, Malaysia.

Customer Service Hotline:

+603 5622 2600
+603 5622 2900 (Fax)
info@ahb2u.com

Operation Hours:

Mon - Fri - 10.00am - 7.00pm
Saturday- 10.00am to 2.00pm

Office is close on every Sunday and Public Holiday




Photobucket
PERHATIAN: Ini adalah laman web peribadi. Tiada kaitan dengan Syarikat MLM yang disertai. Tujuan laman web ini disediakan adalah bagi membantu ahli-ahli yang berdaftar di bawah kumpulan AHB Cordyceps4u untuk membuat promosi menaja ahli-ahli yang baru. Promosi boleh dilakukan secara online dan juga offline serta terpulang kepada kreativiti anda.
Laman web rasmi syarikat adalah di
http://www.ahb2u.com