AHB STAR AWARD 2015 team AKADEMI PENCETUS JUTAWAN

#PART 4 ~ 25 ELEMEN UNTUK BERJAYA DALAM BISNES MLM

Apa yang dilakukan oleh mereka yang berjaya? Bagaimana mereka beroperasi?

1. Seseorang Yang Berjaya Sentiasa Melakukan Tindakan Susulan 

 Mereka yang melakukan tindakan susulan sehingga tiada apa-apa lagi dapat dilakukan adalah merupakan kunci kepada kejayaan.

Ketekunan dan keazaman sahaja tidak mencukupi untuk bergelar seorang yang berjaya.

Berapa kali anda telah menunjukkan peluang perniagaan kepada orang ramai diluar sana.

Selepas dari penerangan yang hebat daripada anda, adakah mereka benar-benar tertarik dan berminat.

Katakan apa sahaja yang anda ingin tentang MLM tetapi anda harus ingat anda merupakan seorang penjual.

Anda dikehendaki menjual konsep, impian dan masa depan setiap insan yang mahu membeli tetapi mereka tidak mengatakannya dengan secara terbuka.

 Pernahkah anda mengalami situasi ini, apabila anda memasuki sebuah kedai secara tidak langsung didekati oleh pembantu jualan dan secara tiba-tiba anda mengatakan anda hanya melihat-lihat.

Melihat-lihat?

Pasti! Anda melihat-lihat untuk membeli sesuatu.

 Apabila seseorang mengatakan tidak kepada peluang yang anda terangkan, mereka sebenarnya mengatakan tidak kepada maklumat yang mereka telah sedia maklum.

Anda perlu melakukan tindakan susulan dan beri mereka lebih maklumat.

Tunjukkan bagaimana perniagaan anda sesuai untuk impian dan cita-cita mereka.

Mereka mungkin akan berkata ‘tidak’ kepada ‘ya’ untuk maklumat yang sama.

Meraka akan membuat keputusan baru ini berdasarkan maklumat terkini.

Tindakan susulan dibentuk untuk memberi mereka lebih maklumat dan berpeluang untuk membuat keputusan.

 2. Seseorang Yang Berjaya Tidak Mempunyai Prasangka Terhadap Prospeknya 

 Berapa orang dikalangan anda yang mempunyai doktor peribadi atau pengutus surat.

Berapa ramai pula dikalangan anda yang mempunyai prospek yang terdiri dari doktor dan pengutus surat.

 Ini adalah orang-orang yang anda kenali dan ia patut anda hubungi untuk menerangkan mengenai perniagaan anda.

Tidakkah anda rasa mereka ini berminat untuk memajukan diri.

Adakah perniagaan anda hanya untuk orang-orang seperti anda?

Jika ‘ya’, anda telah membentuk dinding pemisah untuk diri anda.

Para doktor memerlukan lebih banyak waktu untuk dirinya kerana beliau telah terikat dengan jadual masa kerja yang ketat dan terpaksa bekerja keras untuk memperolehi pendapatan yang lumayan.

Mereka juga adalah bukan hamba kepada masa.

Kebanyakan Para doktor tidak mempunyai Skim pesaraan (pencen) apabila bersara.

Lihat semua kebaikan yang ditawarkan dalam perniagaan anda.

Jangan membuat andaian terhadap mereka dan kemudian waktu mendapati orang lain telah menaja mereka.

Mereka adalah prospek anda.

Ambil tindakan dan tunjukkan kepada mereka peluang yang telah anda temui. Jika anda mahu sesuatu kerja dilaksanakan, cari seseorang yang sibuk untuk melakukannya.

3. Seseorang Yang Berjaya Tidak Akan Menunggu Orang Lain Untuk Memulakan 

 Pernahkah anda menghadapi situasi sebegini

“George benar-benar berminat tetapi tidak boleh memulakannya sehingga isteri beliau turut terlibat sama”

Berapa kali anda pernah memberitahu pasangan anda

“Anda tahu anda mungkin boleh lebih maju jika anda keluar dan melakukan jualan.”

Dalam MLM, bukanlah suatu kemestian untuk pasangan suami isteri melibatkan diri secara bersama atau sama-sama berminat dengan peluang perniagaan tersebut.

 Jika anda rasa peluang anda akan memberi kebaikan kepada keluarga, keluar dan lakukannya.

“Anda tidak membawa pasangan anda untuk bekerja setiap pagi, bukan?”

Jika anda percaya dengan apa yang anda lakukan, keluar dan lakukannya.

Jika ianya sebaik yang anda fikirkan, pasangan anda akan bersama-sama anda pada hari yang kemudian setelah beliau nampak apa yang anda nampak dalam perniagaan ini.

 4. Seseorang Yang Berjaya Akan Sentiasa Bersedia Menerima Kritikan 

 Kritikan adalah sebahagian dari punca kejayaan.

Cuba fikir siapakah yang paling kuat dikritik dinegara ini?

Tentunya Presiden, kerana dia adalah orang yang bertanggungjawab memimpin negara.

Tiada siapa yang akan berpuashati dengan setiap keputusan yang dibuat oleh pemimpin tetapi mereka akan menghormati pemimpin tersebut kerana mengambil tanggungjawab untuk membuat keputusan tersebut.

Jangan risau dikritik kerana terlalu fanatik terhadap perniagaan anda.

Setiap orang yang terlalu fanatik terhadap perniagaannya akan sentiasa dikritik.

Semua orang yang berjaya pasti dikritik. Ini adalah lumrah manusia untuk mengkritik dan merendah-rendahkan pencapaian orang lain.

Tetapi anda tidak harus menutup telinga terhadap kritikan mereka kerana ia mungkin boleh menyelesaikan masalah dalam organisasi anda.

Sentiasa bersikap terbuka dan lihat jika kritikan tersebut membina.

0 comments:

Datuk Siti menerima sekotak jus cordy dari leader AHB




Hadiah perkahwinan untuk Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari berupa Cordybelle.






Asia Herbal Biotech Sdn. Bhd. (869859-H)

AJL:931818

No. 1-2 & 1-3, Jalan PJS 8/17, Dataran Mentari, 46150 Petaling Jaya Selangor, Malaysia.

Customer Service Hotline:

+603 5622 2600
+603 5622 2900 (Fax)
info@ahb2u.com

Operation Hours:

Mon - Fri - 10.00am - 7.00pm
Saturday- 10.00am to 2.00pm

Office is close on every Sunday and Public Holiday




Photobucket
PERHATIAN: Ini adalah laman web peribadi. Tiada kaitan dengan Syarikat MLM yang disertai. Tujuan laman web ini disediakan adalah bagi membantu ahli-ahli yang berdaftar di bawah kumpulan AHB Cordyceps4u untuk membuat promosi menaja ahli-ahli yang baru. Promosi boleh dilakukan secara online dan juga offline serta terpulang kepada kreativiti anda.
Laman web rasmi syarikat adalah di
http://www.ahb2u.com